Rolex Air-King Oyster, 40 mm, Oystersteel M126900-0001

-
Rujukan
126900
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, Oystersteel
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Licin
-
Dial
Hitam
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3230, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan hitam
Permukaan Air-King bercirikan permukaan hitam tersendiri dengan gabungan angka besar 3, 6 dan 9 yang menandakan jam dan skala minit yang menonjol untuk bacaan masa navigasi. Permukaan ini mempamerkan nama Air-King dalam tulisan yang sama yang direka khusus untuk model itu pada tahun 1950-an.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, apabila ketahanan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan lasak dan menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Air-King, model ini M126900-0001.









