Rolex Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas putih

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
  • Rujukan

  • Bentuk Model

    Oyster, 40 mm, emas putih

  • Ketahanan Air

    Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki

  • Bezel

    Bezel Cerachrom monoblok hitam dalam seramik dengan skala takimetri teracu.

  • Dial

    Meteorit dan hitam

  • Gelang

    Oysterflex

  • Pergerakan

    Perpetual, kronograf mekanikal, automatik

  • Kaliber

    4131, buatan Rolex

  • Rizab Kuasa

    Lebih kurang 72 jam

  • Persijilan

    Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)


Unduh Brosur

Permukaan Meteorit

Model ini merupakan satu-satunya Cosmograph Daytona dengan permukaan meteorit. Meteorit datang dari pusat asteroid atau mungkin juga dari planet yang telah meletup, menyebabkan bahan itu tersebar ke seluruh Sistem Suria, sehingga memasuki orbit planet kita dan akhirnya ditarik masuk ke Bumi oleh graviti. Semasa perjalanan, pusat meteorit itu berubah secara beransur-ansur dan menghasilkan corak metalik yang sangat luar biasa disebabkan oleh penyejukan teras asteroid yang sangat perlahan. Para pereka di Rolex mengambil konfigurasi ini dalam penciptaan khazanah yang unik untuk beberapa model yang berprestij, termasuk model Cosmograph Daytona ini.

Rolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch Malaysia

Skala takimetri

Bahagian utama identiti model ialah bezel yang dibentuk dengan skala takimetri untuk mengukur kelajuan purata hingga 400 batu atau kilometer sejam. Menggabungkan teknologi tinggi dengan estetika anggun, bezel hitam mengingatkan kita pada model 1965 yang dipasangkan dengan sisipan bezel Plexiglas hitam. Bezel Cerachrom monoblok dalam seramik berteknologi tinggi menawarkan beberapa kelebihan: tahan kakisan, betul-betul tahan calar dan warna tidak terjejas oleh sinaran UV. Bezel yang sangat tahan lama ini turut menawarkan skala takimetri yang sangat mudah dibaca hasil pemendapan lapisan nipis platinum pada angka dan senggatan melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Bezel Cerachrom monoblok diperbuat dalam satu kepingan tunggal dan menegapkan kristal dengan kuat pada penutup tengah bagi memastikan kekalisan air.

Rolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch Malaysia

Rantai Oysterflex

Cosmograph Daytona versi emas 18 karat dengan bezel Cerachrom boleh didapati dengan rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, rantai ini secara unik menggabungkan ketahanan rantai logam dengan keselesaan rantai elastomer. Rantai ini terdiri daripada dua bilah logam melengkung yang fleksibel – satu dalam setiap bahagian rantai – dibentuk dengan elastomer hitam berprestasi tinggi. Untuk memberikan keselesaan optimum, rantai Oysterflex dilengkapi dengan kusyen di bahagian dalam dan pengancing keselamatan Oysterlock untuk mengelak daripada terbuka. Panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex yang bijak.

Rolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch Malaysia
Rolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch Malaysia

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hantar mesej

Mesej

Rolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch MalaysiaRolex Cosmograph Daytona in Emas putih 18 karat,  - Cortina Watch Malaysia

Mesej

Sila masukkan mesej anda

Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi