Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, platinum

-
Rujukan
-
Bentuk Model
Oyster, 36 mm, platinum
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Berjejalur
-
Dial
Biru salji dipasangkan dengan berlian
-
Gelang
President, pautan tiga keping separa bulat
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3255, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan Biru Ais
Permukaan biru ais ialah tanda pengenalan yang eksklusif dan tidak menonjol bagi jam tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum, logam adi terunggul, untuk jam tangan yang terbaik. Warna dail eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona dan Perpetual 1908.
Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 36 ini.
Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Day-Date, model ini .









