Rolex Lady-Datejust Oyster, 28 mm, Oystersteel dan emas Everose

-
Rujukan
-
Bentuk Model
Oyster, 28 mm, Oystersteel dan emas Everose
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Berkubah
-
Dial
Warna ros dipasangkan dengan berlian
-
Gelang
Jubilee, penghubung lima keping
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
2236, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 55 jam
-
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan warna ros
Permukaan ini mempunyai berlian bertatahkan emas 18 karat, dan Roman IX dipasangkan dalam emas 18 karat dengan 8 berlian. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.
Rolesor Everose
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.
Rantai Jubilee
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju. Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Jubilee, iaitu rantai logam yang mempunyai pautan lima keping yang lembut dan selesa, direka dan dibuat khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Lady-Datejust, model ini .









